Monday, April 20, 2009
Tax payable
Cam tau2 je bonus nak masuk next week.
Jumaat lepas dapat surat chenta dari IRB.
Aku n hb kene bayar tax from Year Assessment 2004 - 2006 nak dokek RM 700 lebeh...
Adeh....parah den....
Banyak rasanya nk pakai duit tu....
tp yg pelik sgt tu masa 2007 kami dah bayar hampir RM500 utk YA 2005.
Tp kenapa still kene revise tax payable lagi?
Then...pasal pe amaunnya cam tak bayar je...padahal cek clear...
mangkuk hayun tul...........
Kalau tax tu diagihakan ke org sepatutnya, Yess i accept it...
kalau still dapat mereka2 penyamun @ pembunuh yg sentiasa disanjung tinggi...
Sikit pun aku tak redha... (ler.....derang paham ke redha tak redha ni?)
Aku rasa abih cantek dah aku isi form BE tu spy dapat full exemption...
ngan anak, magazine, perubatan, insurans dan EPF, zakat pendapatan....
tp bila isi tang "Pendapatan tahun kebelakangan yang belum dilaporkan" i.e Tunggakan Bonus...
Aku tau pasti pendapatan aku kene revise....
Moral : bonus nak.....byr tax takmo plak...?
I have to increase potongan zakat pendapatan every month la....(currently aku byr RM80 sebulan - potong gaji)
This is better than byr cukai yg disalurkan ke sapa2 ntah........ (derang jugak yg kayoooo)
Tuesday, April 14, 2009
25 weeks
The baby n plasenta at the right position...
The movement n the growth at a very good level....
Bila doc cakap, at 25 weeks....
I feel so scary.... bila dihitung2.... just tinggal 11 weeks to deliver...
Ikut history, macam tu la.... at 36 weeks mmg everything dah ready utk keluar....
And me?.... ready to push.... hehehe...
Semoga selamat semuanya...
Amen....
Sementara sedang menunggu turn utk dipanggil jumpa Doc Fauziah,
nurse ni datang kat aku n terangkan serba sedikit tentang bf dan EBM, at least at 6 months...
then, aku cakap kat dia.... my target is 1 year old.... harap berjaya dan semuanya bergantung kpd aku (kekuatan dan semangat) aku untuk maintain bf dan EBM.
Dan, nurse tu tak abih2 bgtau even susu dah merudum, try to pump n pump...
Sbb ia akan merangsang pengeluaran susu lagi...
From that i realize...itu yg aku gagal buat masa production susu aku down gilos...
Huhu...
nanti aku paste kan beberapa artikel tentang bf khas utk rakan2 sekelian...
for working mother, to maintain bf until 2 years old is not easy..... sy cukup salute mereka2 ini...
for housewife....no wonder la......................!!!
Thursday, April 9, 2009
MY BREASTFEEDING JOURNEY
ADAM
Masa memula bersalin kan Adam, mmg susu badan aku byk…. Tp memandangkan nipple aku yg kecik, so Adam takmo masa tu…aku pun cam kesian sbb dia asyik nangis kelaparan. Aku pun bg la botol tp susunya aku pump la…. Tp apa kan daya lepas tu, dia mmg syok gile ngan botol…..takmo dah direct bf aku… Sedih mmg sedih….. tp aku nekad gak pump selagi terdaya…. Tp rezeki Adam takat itu shj. Lama kelamaan susu pun jadi kering. Aku pun cam hilang sabar tuk pump lagi… Sbb takde direct bf/natural bf dari baby… Adam dapat bf smpai 2 bulan je….
AIMAN
Aku mmg nekad direct bf. Aku tak beli pun botol susu. Smpi aku cakap dlm hati aku, kalau dia nangis kelaparan, aku tetap suh dia bf. Alhamdulillah sejurus selepas deliver dan dibersihkan ala kadar, Aiman diletakkan atas pangkuan aku… Dah itulah 1st time Aiman bf. Alhamdulillah susu dah keluar masa tu (even sejak preggy lagi).
Tapi apa yg nak aku ceritakan sekarang lebih dari itu. Lepas dimasukkan ke wad dan rehat selama beberapa jam, baby dibawa masuk ke wad. Aku pun mula la menyusukan Aiman. Semakin dia bf, semakin sakit rahim aku…Pelik…Aku mmg pelik… Sakitnya Ya Allah, lebih cam senggugut/cam contraction tu….. Aku tanya Nurse… kenapa saya sakit kat sini (tunjuk perut/rahim). Dia kata rahim sedang mengecut. Sbb tu la sakit. Lagipun semakin byk baby menyusu semakin kuat rahim tu mengecut… Smpikan aku mintak sesuatu yg panas diletakkan di atas perut aku utk menahan sakit. Dan nurse bg satu gel yg perlu dipanaskan guna air panas/microwave dan aku letakkan kat perut.. Fuh…lega nya tuhan saje yg tau… Then nurse tu cakap lagi… semakin ramai anak kita, semakin sakit rahim itu utk mengecut.. (Ha…? Patutla time Adam dulu aku tak sakit camni….)
Bf journey utk Aiman tidak berenti di situ shj… Selama 6 minggu dia direct bf, tanpa FM (formula milk). Dan bila mula masuk minggu ke 7, aku ajar dia minum botol. (Ye la…..lagi 2 minggu je nk start keje, kan…) Dan Alhamdulillah lagi…dia ok!!!
Terima kasih tak terhingga buat Lissa….. sbb dia yg banyak support aku buat EBM (Expressed Breast Milk). Mmg penuh la fridge aku ngan stok susu. Smpi nk letak lauk basah pun takde. Lissa tolong belikan breast pump yg sgt2 berguna pada aku (Spectra). Sehinggalah 5 bulan….aku fed up utk buat stock lagi. Aku letih…Aku hanya mampu direct bf di taska (every lunch hour) dan petang hingga ke malam. Fed up bukan ape…. Masa nk pump tu takde…blk umah….masak ala kadar, bfkan Aiman pastu aku pun tumbang… takde masa nk buat stock lagi….. huhu….sedih? mmg la sedih…. Tp aku masih susukan Aiman.
Sampai la seminggu sebelum bulan puasa start, aku ada conference kat langkawi…. Mmg aku yg tergedik2 nk g…(biasa la nk shopping) 5 hari kat sana…tanpa breast pump…. Sakitnya, Ya Allah…teramat sgt….aku pun gatal tak bwk pump… membengkak gila baban…. Smpi aku kene manual pump…. Bila blk KL, day by day, productivity down gilos….. Arghhhhh… tension sgt…. Walaupun still ada susu, tp tak byk spt sebelum aku ke Langkawi. A week after, start fasting month…susu mmg merudum. Makan pun dah kurang…lama2 aku fed up nk bg susu Aiman. N Finally, he stopped bf at 8 months.
Aku pun mula teringat kat Lissa, yg juga stop bf kan baby Indah at 8 months.. itu pun kes dia lama g Sabah (and it same happen to me…huwaaaaaaaaaaaaaaa)
InsyaAllah, for this baby, aku target at least setahun setengah dia bf ngan aku…. And fully bf/EBM at least 1 year old…. Ini satu cabaran buat aku…. Be prepared…………!!!!!
Apa yg penting lepas ni…ms confinement mmg aku kene byk2 buat stock…. Utk jimatkan space dlm fridge, aku kene beli liner atau plastic je utk store susu tu. Tak leh lagi guna bekas plastic spt sebelum ni. Satu lagi, aku kene cari cooler yg boleh store susu aku sepanjang di ofis….and bring along my breast pump to the office. (Actually pump tu jatuh ditolak oleh Adam, tp still leh guna lagi) InsyaAllah, I will try my best….
Tuesday, March 31, 2009
CLEAR
Pastu lagi yg menyebabkan lengang je ofis sebab most of finance staff pegi stock count. Aku? Besye la selalunye menidakkan diri ini dari outstation. Bg la can kat derang berjalan. Aku ni cukup tak suka g stock count. Aku pun tak paham nape la ada certain org tu suka sgt g jenjalan, i.e KERJA la kan….
Baik aku dok ofis je…hati pun senang…paling kurang pun layan telefon yg tak henti2 berdering2 dari project site Tanya pasal dividen koperasi yg baru keluar. Alhamdulillah la…dapat la RM250.00 dividen koperasi aku (i.e 10% yg dibayar, yg lain maintain dlm account…kes reinvest paksa rela la ni) leh le aku beli set bersalin Amway tu. Kalau tak pun lebur jugak dividen aku tu… Aku simpan pun RM 50.00 je sbulan…dari tahun ke tahun tak tambah2 pun…. Tu pun baru simpan beberapa tahun…kalau sejak keje…. Fuh byk gak masyuk tu… tp aku ni insaf lambat kot…hehe
Oh ya…sambung blk pasal stock count ni….rasanya dah makan tahun ke 3 dah aku tak g stock count. Reason sama je…pregger… hehe…memula tu cakap preggy Aiman….pastu Aiman kecik lagi….Pastu mabuk…. Skang ni reason preggy…. Pandai la pas ni reason baby kecik lagi plak….pastu ape…aku pun tak tau….
Lepas ni tunggu lagi dividen Koperasi satu lagi…. Yg ni dgrnya 16% thn ni… tp tak sempat nak rasa…sbb nya derang bank in dlm akaun…tup2 dah terguna…pastu mula la tanya bila lak dividen masuk? Hehe…. Lawak tul…..
Tuesday, March 24, 2009
New notebook
I got new notebook yesterday... Yippe...
More speedy (2 GB DDR3), webcam but... a bit gemuk la....
Pasai pa tak bessss?
Monday, March 16, 2009
CERITERA
Ari Jumaat ari tu pergi buat full scan kat APSH….. dan gender result menunjukkan, aku bakal create team takraw. Huhu….maka maknanya, makin kurus dan maintain la lepas ni (jgn jeles Nor dan Sue)
Nak tau rahsia kurus aku, beranak la boys reramai…. Pasti tinggal tulang cam aku. Oh ye…sejurus dapat result t terus sms kat Mina (my sis) … “Another boy will comes out” Dia balas, “Boy lagi? Takde la Illiyyin lepas ni? “ Aku pun balas “Simpan je la nama tu utk baby Mina” . FYI, my sis yg beriya2 nak letak nama baby aku…bila boy je terus dia suh aku cari sendiri nama baby…. Hampeh tul adik aku tu… Owh ye…congrats to her sbb dapat good result in SPM. Moga Berjaya menjadi pharmacist satu hari nanti !!!!
2nd person aku sms kat Ckin, dia terus bgtau Along (Kak Mas), and I got sms from her. Dia kata “Welcome to the all boys association. Nnti leh create team bola” (FYI : Along ada 3 boys)
Dah start gedik2 dlm perut. Hehe
AIMAN
Pada umur satu tahun, beratnya hanya 7.6 kg…Dah ada 3 batang gigi (baru nk tumbuh)
Alhamdulillah tak demam (maklumla, dah tua baru tumbuh gigi…..)
Bila dah pandai jalan, nenek (my maid) kata, makin tak boleh buat kerja….pantang lepa, dah ada atas meja makan, kemas cabinet dapur mmg hobi. Dia keluarkan semua Tupperware bawah sink, dan duduk dalam cabinet tu…At last, nenek kena pindahkan yg berkaca dok kat belakang2
Mangsa buli abang Adam (kadang2….bila tiba hangin khus khus Adam)
Pernah sekali aku g ke dapur 2 saat, keluar je kat hall, aku tgk dia takde. Aku tanya maid aku yg sedang jemur kain kat luar, mana Aiman? Dia kata “Tak tau, bukan kat dlm ke…?” Puas aku panggil nama Aiman dlm umah tapi takde…Cuak gile…G kat parking lot, tgk bawah kete Avanza. Takde…Kete satu lagi takde. Sbb ayah dia dah keluar….Pelik n confius… Tetiba dengar suara dia kat umah sebelah. Dah sampai pintu masuk umah Umi dah…. (FYI, aku dok sebelah umah mak aku n ada pintu kecik antara 2 umah tu) Dia bley sengih je!!!!
Bila tanya mana bulan, dia jawab “Atasss” Sambil tangan tunjuk kat atas (nenek ajar), bila nmpak sejadah, terus sujud. Bila dengar azan, terus tangan kat telinga smbil cakap “Arrrrrr”, bila bg tudung, dia letak atas kepala aku/dia. Bila bagi kasut, letak kat kaki.
Suka duduk atas perut aku (sakit la adik dalam perut !!!!!)
ADAM
.jpg)
Selalu gaduh ngan nenek (tak suke mandi pagi, suka kaco adik Aiman)
Pernah aku blk ofis, dinding kene conteng ngan magic pen…. Apa lagi mengamuk la aku n hb. Mujur boleh hilang color tu (guna la cat ICI jika anda ada anak kecik)
Kawan baru kat sekolah : Ardini, Qistina, Alisya, Putri, Muhammad, Malik. Yg lain? Cina (dia kata nama Amoi je….)
Pernah balik skolah nangis!!! Tanya knapa? “ Malik pukul kat muka” Tok Ma (Umi) cakap, nnti pukul Malik balik (bagus tul Tok Ma ngajar cucunya…..hehe)
Setiap hari pakai “baju cantik” dan ajak ayah g Giant (Ingat Ayah cap duit ke…?)
Addicted to Ultraman. Kami akan aman sekejap bila ada cite Ultraman
Tp kadang2 ayah yg merajuk ngan Adam. Sbb ayah nk tengok bola. Tp Adam tetap ngan #611 nya…. Hahaha….
Tak suke tgk ibu pakai baju selekeh (suh ibu pakai baju cantik2 je) (currently, aku selesa ngan baju kelawa je….kalau leh…. G ofis pun pakai baju kelawa !!!)
Satu malam, aku kepenatan gile… So, dia tanya aku…. “Ibu kena g hospital ke?… Lain kali ibu jgn makan banyak, nanti buncit lepas tu kena g hospital” pastu aku jawab…”Ok pas ni ibu tak makan byk lagi….” (Hint Adam takmo adik lagi kot!!!!)
AKU
Makin gedempol
Makan banyak, jalan dah tak larat. Berat dah 48kg (timbang last check up on 13hb Mac)
Dah rehat sikit kat opis (keje byk absorb kat staff lama n baru) Aku just control je…hehe. Tp any progress boss akan tanya aku gak!!!!
Keadaan fizikal memaksa aku tidak daftar baking class. InysaAllah, lepas dah kurus ni…aku try meluangkan masa dan duit aku ke kelas tu (byk guna RM woooOOO)
Thursday, March 12, 2009
Pursue Study....
InsyaAllah, hb akan sambung belaja lagi setelah tamat sessi pembelajaran ini. Tp aku....? Nak amik baking class jugak..... cemana? Grrrrrrrrrrrr
Is it hard to understand me....?
