Wednesday, September 7, 2011

Berjaya ke

Masa balik kampong hari raya aritu.. aku terdengar kezen aku berborak ngan hb tentang kawan2 sekolah.. kebetulan derang satu sekolah dulu.. antara soalan nya adalah “Batch Kak X boleh dikatakan semua Berjaya, tetapi ada juga yg excellent masa sekolah, tp kerja biasa2 je”


Aku agak terpina ngan “kerja2 biasa”. Yg dimaksudkan adalah kerja makan gaji @ penjawat awam. Then aku Tanya la.. “Yang dikira Berjaya tu camne pulak”… Rupenye yg dikira Berjaya adalah spt dia (mungkin) yang mampu bergaji belasan ribu, yg mempunyai kontrak berjuta2, dan joint venture dgn syarikat obesi.. dan seangkatannya.

Dari satu sudut, aku mengiakan pendapatnya, sbb mmg ramai org yg Berjaya di Malaysia ni.. masakan takkan kondo tumbuh bak cendawan di KL khususnya. Nilainya bukan RM200k, tetapi RM2-4 juta. Siapa yang mampu beli? Nak kata org yg makan gaji macam kita ni, jauh sekali lah… hmmm.. Even sekarang rumah landed semua dibuat 3 tingkat.. 2 tingkat tak layan dah.. Alasan developer.. Alang2 nk untung, biar la untung berganda-ganda.. Pernah aku tgk iklan di rumah yg sedang develop. Iklannya “untuk golongan sederhana”.. bila dirisik2, nilainya RM700k… So, sebagai org yg makan gaji.. adakah mampu membeli rumah harga macam tu? So, kesimpulannya.. kita-kita ni adalah bukan dari golongan sederhana..

Tp dari sudut lain, Berjaya itu terlalu subjektif.. cth paling senang adalah tugas guru. Rasa-rasanya golongan Berjaya tu, boleh ke mengajar budak satu kelas ada 30-40 orang? Tak kan..

Tapi mmg ramai org melayu yg Berjaya, tak gitu Cikgu Nik? Kezen2 kita mampu pakai Alphard, punya syarikat yg JV ngan orang putih.. Yang pastu aku bangga sebagai org melayu bila melihat mereka Berjaya.. tp jangan sampai lupe diri..

Dan aku pun confuse.. aku ni Berjaya ke tak? Sbb ciri2 berjaya yg kezen aku maksudkan tu tak kena langsung ngan aku.. haha

Thursday, August 4, 2011

Cerita Ramadhan ~ Aiman

Sudah 2 hari berturut2 Aiman join Adam + Ayah sembahyang subuh di surau.

Ayah : Aiman, mana kopiah Aiman?
Aiman : Nek... mana kopi ayah?
Ayah : La..ni dia kopiah Aiman..
Aiman : ni bukan kopi ayah.. ini utk semayam...

Nek = Maid


Semasa jemaah Isya'.

Ayah : Ok, sekarang.. kita nak solat apa?
Adam : Isya'
Aiman : Isya'? oooo..InysaAllah.. InysaAllah.. (sambil nyanyi lagu Maher Zain)
Ibu : Bukan Aiman, Insya'
Aiman : InsyaAllah.. InsyaAllah..

Lagu yang salah ke anak yg salah?

Friday, July 29, 2011

Pengalaman mencandat sotong

Lately aku/ofismate ada buat roadshow bajet, amik masa 3 minggu lebih kurang. Ntah kenapa rasa cam jauh sgt ngan anak2..huhu... ye la.. dlm seminggu 2 hari je kot kat rumah.. ada satu minggu tu, weekend pun  takde langsung kat umah.. Sebelum ni Anas mmg tido ngan aku je.. tp bila aku takde 3 minggu, dia attach betul ngan ayah dia.. nk tdo bawah ketiak ayah dia je..

Jealous? ada la sikit-sikit..

Tp bagus jugak.. senang keje aku.. aku leh tido ngan aman..

Tp bila ayah dia os camne nanti? aku jugak yg dia cari nanti...

Oh ye.. aku nk cerita pasal pengalaman mencandat sotong.. Serius.. aku serik !!! Taubat !!! Tak nak lagi !!!
Boleh kata.. muntah hijau le...Kami ada sessi dengan Wil Tganu yg buat di Pulau Kapas. Serius.. Air sgt jernih.. best sgt.. tp pengalaman mencandat aku tak leh lupa.. Sampai sekarang aku rasa, aku diberi peluang hidup sekali lagi...



Kami naik bot untuk ke tengah laut dlm kol 7pm. Ombak besar.. tp still boleh bertahan.. Masa tu dengarlah ada kawan menjerit "Sotong kat pasar pun banyak, nk jugak cari kat laut"..

Bila bot berlabuh, sauh di turunkan, aktiviti mencandat pun bermula.. (dlm 10km dari pantai/30 min). Masing2 di berikan umpan (umpan ke namanye??) untuk di turunkan sehingga ke dasar laut. Aku? tak mampu buat ape2.. Elok je bot berlabuh.. aku dah tak leh bergerak.. bot mula bergerak mengikut ombak.. masa tu mmg menyesal nak mampus follow trip nih.. (sbb ada 2 org tak pegi). Aku dah merayu kat tekong dan kawan2.. aku nk balik.. Tp semangat derang pulak yg over..  "Mana boleh balik, sotong tak dapat lagi?"
Hanya 2 org gurl shj yg ada dlm group kami.. hmm.. so, kami kene ikut suara majoriti..

Kawan di bahagian belakan g bot berjaya dapat 3 ekor sotong. Tiba2, tekong ajak balik.. nak ribut katanya.. Alhamdulillah.. termakbul jugak doa aku.. huhu... Masa nak angkat sauh naik atas, tiba2 sauh tersekat. Aku tgk tekong dah berpeluh2 dok tarik tali, tapi tak lepas2... Aku diam.. Tp rasa cam nk amik gunting je potong tali tu... Apakan daya...Aku pun xmampu nk bangun.. duduk je.. Derang suruh tarik tali umpan tu naik atas tu pun.. aku tak daya.. kami gurl berdua dah melepek... muntah dan muntah..

Bot dah start gerak.. tp aku tau.. sauh masih di bawah. "Tak bahaye ke?" tp dlm hati je la..

Dalam perjalanan balik ke pulau, hujan turun dengan sangat2 lebat. Petir kadang2. Aku yg duduk di bahagian depan bot, kene pindah kat belakang.. nk bangun pun xlarat...huhu.. Masa tu, rasa tersangat la kerdil di lautan yg terbentang luas.. Aku redha andai sampai sini umur aku.. Muka anak2 bersilih ganti.. Kasihan mereka... Sejuk.. Sangat2 sejuk... Andai jatuh dlm laut nih.. mmg aku mati kesejukan..

Bos mula mengagihkan life jacket kepada setiap anak kapal.. tp nak pakai pun aku larat.. kami berdua lembik. life jacket pun cam hidup segan mati tak mau jeh..

Hampir sampai ke pesisir pantai @ jeti, bot berhenti. katanya tak boleh rapat dengan jeti.. nanti bot pecah.. huhu.. hampir 15 min jugak tu.. tiba2 aku rasa nak poo poo.. (masa nih??) terus aku tanya mana toilet. survey dulu.. hmm tak ok je.. duduk balik kat tempat.. tp tak tahan jugak.. aku tarik mmber aku teman aku kat pintu toilet. Keluar je toilet ada speed bot datang utk bawa kami ke pantai. Alhamdulillah...

Masa tu badan menggeletar kesejukan. InsyaAllah, ada peluang utk aku melihat dunia semula.. Gurl sorang lagi masa di bot di urut oleh sorang brader.. sian dia..tak larat sangat.. mungkin dia tak biasa muntah..

Sampai di pantai, kami berpelukan sambil sedih, serik atas apa yg terjadi..

Masuk saje chalet, aku mandi dan muntah.. Alhamdulillah lega.. aku kembali dengan kawan2 yg sedang makan nasi.. borak spt tiada apa berlaku.. haha..

Tp kawan gurl sy sorang ni dah tido.. pening katanya..

Aku excited nk bakar sotong dan pengalaman itu sgt indah utk dikenang. Rupanya bot yg satu lagi mampu mendapat 13 ekor sotong dlam tempoh tak sampai sejam mencandat? bot aku hanya dapat 3 ekor saje.. wakaka..  Mereka berlabuh di lubuk sotong katanya.. Malam tu pukul 12 lebih baru aku tido. Kami borak-borak dan borak, walaupun hanya aku seorang shj pompuan di situ.. sungguh tak malu

Semasa kami makan dan membakar sotong, kami membuat beberapa kesimpulan, antaranya :-

1) jangan tawar menawar masa beli sotong
2) jangan mencandat sotong lagi
3) hargai lah sotong

haha

Thursday, July 28, 2011

Confuse

Tadi, Geng study (Bro Rem/Jeem) nak belanja aku makan asam pedas, nak meraikan kejayaan kami dapat CF A+ dan A di area Ampang, kecik je kedai tu, tp ramai nye orang tak hingat. Teruja jugak aku tgk cara dia masak. Sbb dalam periuk besar tu, dah siap2 ready kuahnya.. Customer just pilih ikan fresh, ditimbang dan direbus dlm pot dengan kuah dlm periuk besar tu. Mmg pelik.. ayam ke telor ke semua dia goreng kat situ, based on request. Sedang asyik kami borak2, tetiba ada sorang tukang masak ni mengambil sesuati spt kapur dan menconteng ke keliling periuk besar tersebut.

Sy tersangat confuse... Ape yg dia conteng? Kenapa? Beria2 aku tgk benda yg dia pegang kat tangan tu.. aku yakin.. dia cam kapur papan hitam masa sekolah dulu..tp kecik sgt..

Dalam hati sy dok pk sesuatu yg tak sedap..
Sy bukan ada ilmu yg boleh merasa sesuatu dlm kedai itu, tp sy pelik atas dasar ape dan kenapa dia berbuat begitu?

Wallahualaam

Wednesday, July 20, 2011

Desa Lagoon Resort 17.7.2011 - 18.7.2011


Living hall

bilik + open toilet (bahayoo)


camno nk mandi?? bahayo..

view from the apartment

Hari Ahad lepas, kami ke Desa Lagoon PD satu malam. Sambil recall kenangan 1997 bersama-sama Wawasanian. Tp ia sgt lah mendukacitakan. Tak sama macam dulu, pendek kata mmg tak best langsung, sebab :-


1) banyak biawak

2) kolam ikan yg bawah apartment tu dah cam konpius dah cam kolam lumut, kotor dan geli sangat. Tak sanggup aku nk amik gambo..

3) non complimentary breakfast (ke mmg tak masuk dlm voucher, tak sure)

4) condition resort dan bilik sangat season… mungkin Petronas takutkan perubahan..haha

5) tak ramai pun customer. Ada la 4-5 bilik kot. Tak tau la, sbb weekdays kot

6) compare to harga ngan facilities yg ada, amat tak patut (sib baik aku dapat voucher dari Apartment.. tq karangkraf for choosing me as the winner)

Cian kat Ckin yg tengah sarat pregnant, asyik terkejut je bila nampak biawak. Sebelum aku check in, aku siap tanya receptionist kenapa banyak biawak. Dia kata sebab semak kat sebelah (tak leh pakai langsung alasan tu, padahal kolam ikan ko yg kotor!!!)

Check out, kami terus ke Muar kebetulan en suami ada keje di PTG Muar, pastu on the way balik KL, singgah kat R&R Air Keroh, tungguh ofismate amik aku dan zasss outstation ke Kluang/JB again...

Friday, July 15, 2011

MSG Hotel ~ Kuantan


Hotel yg paling mabeles yg pernah sy duduk.. terima kasih kuantan...

Tuesday, June 21, 2011

Off to JB


View dari tingkat 17 di Selesa Hotel ni mmg sangat cantek.. I loikee.. best ke kalau beli 1 unit kondo kat depan KLCC? wahh... sila berangan..

Tetiba rasa rindu pulak dengan 3As ini... maybe 3 @ 4 malam di JB. Sebenarnya boleh dikatakan "holiday time" bila dapat bengkel kat sini. Sbb slot aku dlm 2 jam je sehari.. lebihnya slot officemate yg lain. Seriously, JB is very happening.. esp bab jalan raya dia... mmg fail !!! 10 x lalu pun asyik makan buah langsat je sesat la tu.. sib baik aku tak drive datang sini. kalau tak confirm aku nangis sensorang dlm kete..

bila os lama2 ni.. selalu aku terpk pe la nasib anak2 kat rumah. Sape la berus gigi derang, dengar Aiman baca VY book, Adam reading, spelling dan kengkadang buat kira2... Sbb bukan nak kutuk ayahnya, time anak start bukak buku... time tu la dia dah menguap nak tido.. Aduh..

Sambil2 kawan2 sedang bagi slot, aku sedang mencari gambar Adam yg sesuai utk buat edibile image sempena birthday dia nanti.. (kantoi!!) cari punya cari.. aku notice.. mmg takde gambar Adam personally? banyak nye gambar Aiman + Anas shj.. Ya Allah !! what happen? camne aku takleh perasan semua tu? mmg anak sulung gitu ke?? pity to my eldest son...

satu lagi sebab kenape aku kata ni holiday time... sbb final xm baru je habis.. huh.. alhamdulillah.. tinggal 5 subjects je lagi.. pejam celik..pejam celik.. dah nak habis dah.. tp aku pun notice belajar + keje ni mmg buat kita "study coboy" je.. Sgt2 la normal esok tu nak xm, hari ni baru bukak nota.. but, aku sgt2 lucky sbb punya group mate yg sgt best... walaupun aku seorang sahaja "bunga" dlm group tu.. bab2 calculation @ nota mmg derang cari aku... sbb derang ni bab kate derang "umur dah tua"...tp bab2 project group.. aku tak penah handle.. mmg derang je yg buat.. even smpi bab makan pun, apa2 order.. mesti 2 pinggan mee/nasi goreng + 2 pinggan kosong.. makan pun bahagi 2..we share everything... semoga perjalanan kita lebih smooth dan dipermudahkan ye.. Aku mmg tak sabar2 nk merdeka sbnrnya.. tp memandangkan sem baru start bulan 9, 3 bulan buang masa beb..aku redha je la.. huhu