Thursday, April 9, 2009

MY BREASTFEEDING JOURNEY

Mmg dah lama aku nk masukkan en3 ni dalam blog aku sbg ingatan aku…


ADAM
Masa memula bersalin kan Adam, mmg susu badan aku byk…. Tp memandangkan nipple aku yg kecik, so Adam takmo masa tu…aku pun cam kesian sbb dia asyik nangis kelaparan. Aku pun bg la botol tp susunya aku pump la…. Tp apa kan daya lepas tu, dia mmg syok gile ngan botol…..takmo dah direct bf aku… Sedih mmg sedih….. tp aku nekad gak pump selagi terdaya…. Tp rezeki Adam takat itu shj. Lama kelamaan susu pun jadi kering. Aku pun cam hilang sabar tuk pump lagi… Sbb takde direct bf/natural bf dari baby… Adam dapat bf smpai 2 bulan je….

AIMAN
Aku mmg nekad direct bf. Aku tak beli pun botol susu. Smpi aku cakap dlm hati aku, kalau dia nangis kelaparan, aku tetap suh dia bf. Alhamdulillah sejurus selepas deliver dan dibersihkan ala kadar, Aiman diletakkan atas pangkuan aku… Dah itulah 1st time Aiman bf. Alhamdulillah susu dah keluar masa tu (even sejak preggy lagi).



Tapi apa yg nak aku ceritakan sekarang lebih dari itu. Lepas dimasukkan ke wad dan rehat selama beberapa jam, baby dibawa masuk ke wad. Aku pun mula la menyusukan Aiman. Semakin dia bf, semakin sakit rahim aku…Pelik…Aku mmg pelik… Sakitnya Ya Allah, lebih cam senggugut/cam contraction tu….. Aku tanya Nurse… kenapa saya sakit kat sini (tunjuk perut/rahim). Dia kata rahim sedang mengecut. Sbb tu la sakit. Lagipun semakin byk baby menyusu semakin kuat rahim tu mengecut… Smpikan aku mintak sesuatu yg panas diletakkan di atas perut aku utk menahan sakit. Dan nurse bg satu gel yg perlu dipanaskan guna air panas/microwave dan aku letakkan kat perut.. Fuh…lega nya tuhan saje yg tau… Then nurse tu cakap lagi… semakin ramai anak kita, semakin sakit rahim itu utk mengecut.. (Ha…? Patutla time Adam dulu aku tak sakit camni….)

Bf journey utk Aiman tidak berenti di situ shj… Selama 6 minggu dia direct bf, tanpa FM (formula milk). Dan bila mula masuk minggu ke 7, aku ajar dia minum botol. (Ye la…..lagi 2 minggu je nk start keje, kan…) Dan Alhamdulillah lagi…dia ok!!!

Terima kasih tak terhingga buat Lissa….. sbb dia yg banyak support aku buat EBM (Expressed Breast Milk). Mmg penuh la fridge aku ngan stok susu. Smpi nk letak lauk basah pun takde. Lissa tolong belikan breast pump yg sgt2 berguna pada aku (Spectra). Sehinggalah 5 bulan….aku fed up utk buat stock lagi. Aku letih…Aku hanya mampu direct bf di taska (every lunch hour) dan petang hingga ke malam. Fed up bukan ape…. Masa nk pump tu takde…blk umah….masak ala kadar, bfkan Aiman pastu aku pun tumbang… takde masa nk buat stock lagi….. huhu….sedih? mmg la sedih…. Tp aku masih susukan Aiman.

Sampai la seminggu sebelum bulan puasa start, aku ada conference kat langkawi…. Mmg aku yg tergedik2 nk g…(biasa la nk shopping) 5 hari kat sana…tanpa breast pump…. Sakitnya, Ya Allah…teramat sgt….aku pun gatal tak bwk pump… membengkak gila baban…. Smpi aku kene manual pump…. Bila blk KL, day by day, productivity down gilos….. Arghhhhh… tension sgt…. Walaupun still ada susu, tp tak byk spt sebelum aku ke Langkawi. A week after, start fasting month…susu mmg merudum. Makan pun dah kurang…lama2 aku fed up nk bg susu Aiman. N Finally, he stopped bf at 8 months.

Aku pun mula teringat kat Lissa, yg juga stop bf kan baby Indah at 8 months.. itu pun kes dia lama g Sabah (and it same happen to me…huwaaaaaaaaaaaaaaa)

InsyaAllah, for this baby, aku target at least setahun setengah dia bf ngan aku…. And fully bf/EBM at least 1 year old…. Ini satu cabaran buat aku…. Be prepared…………!!!!!

Apa yg penting lepas ni…ms confinement mmg aku kene byk2 buat stock…. Utk jimatkan space dlm fridge, aku kene beli liner atau plastic je utk store susu tu. Tak leh lagi guna bekas plastic spt sebelum ni. Satu lagi, aku kene cari cooler yg boleh store susu aku sepanjang di ofis….and bring along my breast pump to the office. (Actually pump tu jatuh ditolak oleh Adam, tp still leh guna lagi) InsyaAllah, I will try my best….

5 comments:

٠•●♥~Busana Masarrah~♥●•٠ said...
This comment has been removed by the author.
♥Suraya-Arieff♥ said...

congrats coz pilih BF the best for baby. aku masih x berjaya maybe semangat x kuat & x thn sabar.

EBM tu hape nanti ajar ye

RAI said...

ya betul...mmg kene semangat... sbb dalam pantang mmg badan kita pun penat dan layan kerenah baby lagi....
EBM - susu yg kita perah dan store dlm peti... nanti aku paste artikel tentang EBM. k....

Unknown said...

spectra breast-pump..very good device..aku pun pakai

Lissa Ahmad said...

pasni, kita cuba bf 2 tahun cam Lind pulak... tabikla kat lind!

pastu, peti ais kene tiptop, kalau tak buat penat jek.... cam aku, bawah ebm gi jiran umah sebelah, sebab peti ais rosak... hehehehe... buat malu jerk.

aku dah tukau address tau! http://shopaholissa.blogspot.com/